Wednesday 28 December 2011

Faidah Sairy - Berjuanglah Untuk Ilmu . . .

girlemo


Kadang-kadang,apa yang kita tak terfikir perkara tu akan berlaku,tiba2 berlaku.
Masa tu,pasti kita akan terkejut...Yelah,benda yang kita tak jangka akan terjadi,tiba2 terjadi...
Dan ketika tu jugak,baru kita rasa kehilangan... Kita akan fikir,mengapa kita tak hargai dia sebelum ni....
Kita akan fikir,kenapa masa yang kita ada bersamanya sebelum ni,kita sia2kan...girlemo hmm...




Emm... Hari ni nak cerita pasal Faidah Sairy yang merangkap housemate dan classmate ...


Faidah Sairy lepas ni akan pergi oversea (Penang je pun...hehe...)
Dia dengan rela hati dan jiwa raga untuk ambik Diploma in NURSING (under SPA)...


Uuuu...susah...hehe...(sebab tak minat,saya rasa susah....huhu...)
So,Faidah Sairy...lepas ni dah tak ada Debit dan Credit ye...
Lepas ni awak akan dengar pasal Cell je....haha...girlemo
Apa2 pun,belajar betul2 kat sana ye...

Nanti balik Kajang,jangan lupa contact kita orang 
(tapi pastikan masa tu kita orang dah dapat MARA ye) huhu...



~Entah la masa bila ambik gambar ni...sampai hati tak ajak...siapalah saya ni...
tak lawa...tak hot...tak pakai shawl...haha...~


Faidah Sairy , mungkin saya tak ada banyak kenangan nak cerita kat sini macam cerita Ain .
Sebab mungkin saya tak banyak luangkan masa dengan awak dan budak2 rumah...
Yelarkan...siapalah saya ni....girlemo 
(ayat mintak penampar eh?? haha...ok,budak2 rumah tak suka ayat ni....haha)

Apa2 pun,jaga diri kat sana...Jangan nangis...
Saya tau,awak nangis masa Zailyn nak pergi dah hari tu...girlemo

Tak sanggup saya nak tengok....Saya takut saya gelak guling2...
hahaha...girlemo
Ok lah...sampai sini je ye...
Kalau semua blog housemate kita (Shurah , Ain , Farah , Ezza , Mimiey , Zailyn dan Iqin ) cerita pasal awak,kang telebih popular pulak... *untung la* hehe..

~Hari2 terakhir Faidah Sairy....~girlemo



Faidah Sairy , ni cuma sekadar cebisan kengan kita.... ~


Wassalam...girlemo

p/s : Saya tiada dalam sebarang gambar di atas... Sekian ...:ngeledek:

Tuesday 27 December 2011

Nafsu Muka Buku ( Islamic Version)


Lama dah tak posting...

Tapi blog saya tetap tak berhabuk tau...
Tiap2 hari melawat...huhu...

Ok...saya pun bukan nak tulis panjang2...
So,jom kita dengar ni... 

Nafsu Muka Buku (Cinta Muka Buku Islamic Version)

p/s : sila stop dulu lagu blog ini untuk mendengar dengan lebih jelas ye... ^_^

Huhu...baru jumpa kat 


tadi...

Harap Najwa Latiff tak marah dengan lirik lagu tersebut yang telah diubahsuai.... 

Ok semua...tu je untuk hari ni....

Wassalam.... 



Friday 28 October 2011

Fesyen Tudung Akhir Zaman

Alhamdulillah bertemu lagi kita walaupun saya sedikit sibuk..
Kerja sebulan tanpa cuti..huh..
Tapi bersyukur sangat hari ni sebab cuti walaupun terpaksa gadaikan RM23 untuk sekeping MC! huhu...
Siapa yang mampu kerja tanpa rehat?? Bagi bos2 di luar sana,janganlah anda menzalimi pekerja anda! 

Ok...sekarang tak nak cerita pasal kerja...
Tapi saya nak cerita mengenai FESYEN TUDUNG AKHIR ZAMAN ni..
Mari kita duduk sebentar di shopping complex,di taman2,di kaki lima atau di mana sahaja dan cuba kita lihat wanita hari ini.
Pelbagai fesyen tudung digayakan.
Dan yang paling popular sekarang adalah shawl!
Shawl tersebut dililit,dipuntal,dan dibelit dengan pelbagai gaya dan rupa.. (tak tercekik ke? huhu...) 

Tapi yang buat saya rasa nak MARAH tu apabila gaya yang dikenakan tersebut menampakkan leher!
Putar belit puntal keliling kepala pun nampak jugak leher! Anda tak sedar ke?? 
Tapi apa yang saya maksudkan ni hanya sesetengah gaya yang dikenakan..
Bukan semua...tapi kebanyakannya nampak leher,nampak tengkuk...kadang2 nampak sikit telinga dan anak rambut...hmmm...







Hmm...patut la ada orang tak bagi saya pakai shawl..
Tanpa sedar,kita mendapat dosa dalam menutup aurat...
Kenapa?
Kerana cara kita menutup itu tidak sempurna.
Menampakkan leher,tidak menutup bahagian dada (bagi shawl dan tudung yang pendek)
dan sebagainya.

Tetapi mungkin masih boleh diterima sekiranya anda memakai inner neck.



Mungkin wanita ini memang fitrahnya mahu cantik,mahu berhias.
Tapi tahukah anda?
Syaitan itu mengubah pemikiran kita tentang hijab.
Bukan anda sahaja,tetapi saya juga.
Syaitan mungkin gagal menghalang manusia solat,membaca al-Quran tetapi syaitan berjaya menghasut nafsu manusia untuk mengubah pemikiran kita tentang apa gunanya kita memakai hijab!

Syaitan menyuruh kita berhias..
Maka,wanita akan berhias dan membanding-bandingkan pakaiannya dengan wanita lain.
Berlebih-lebihan dalam berpakaian dan sebagainya.
Hilang sudah pegangan kita tentang apa gunanya memakai hijab,menutup aurat dengan sempurna dan sebagainya.
Bukan anda sahaja,tetapi wanita itu juga termasuk saya...

Wallahualam...

Peringatan bagi diri kita yang mudah lupa....

Sekian~ 

Thursday 20 October 2011

Filem Malaysia Tidak Berkualiti!


Hari ni nak ulas sikit pasal filem terbaru yang ditayangkan pada 13 Oktober 2011 yang lalu...


Filem Klip 3gp namanya...Huh!! Tak tahu nak mula dari mana dan macam mana...! 
Maaf kalau saya cakap yang filem ni filem paling teruk pernah saya jumpa.
Memang saya tak pergi tonton filem tersebut kerana (maaf sekali lagi) hanya bazirkan duit saya.
Saya lebih rela pilih filem2 Inggeris daripada filem Melayu sekarang yang boleh dikatakan hampir semuanya tidak berkualiti! 
Sehingga saya sanggup memilih filem Toy Story 3 untuk ditonton! Lebih seronok...! 


Tiada mesej yang jelas nak disampaikan,tiada nilai, dan cerita Melayu hampir semuanya berkonsepkan benda dan tujuan yang sama!

Berbalik kepada filem Klip 3gp tu,sepatutnya penerbit filem tersebut mengkaji dengan lebih mendalam akan kesan-kesan yang mungkin berlaku sekiranya filem itu ditayangkan kepada umum. Perkara negatif lebih mempengaruhi remaja di Malaysia daripada perkara positif dan pengajaran di sebalik cerita yang mahu disampaikan! Contoh-contoh sudah ada..Filem-filem yang kononnya mahu dijadikan pengajaran kepada remaja seperti filem2 aksi rempit,gangster dan sebagainya langsung TIDAK BERKESAN! Malah semakin menjadi-jadi! 

Lihat saja artis yang memegang watak dalam filem Klip 3gp tersebut.. Di luar filem pakaiannya tetap seksi dan mencolok mata. Jadi,bagaimana remaja mahu mengambil pengajaran sedangkan artis sendiri masih tidak sedar?? 

Malah,filem tersebut kemungkinan akan dijadikan contoh untuk remaja mencuba aksi-aksi yang menghairahkan dan sebagainya. Tak kan penerbit tak pernah fikir remaja mungkin akan meniru aksi2 dalam filem tersebut? Atau penerbit hanya fikir remaja Malaysia semuanya BIJAK BESTARI untuk menilai pengajaran di sebalik filem tersebut?? 

Saya pun tak faham macam mana filem tersebut diluluskan. Kalau tak silap saya,ada sebuah filem yang tajuknya pun perlu di ubah... Kalau tak silap filemnya "Perempuan,Isteri dan ..." Perkataan jalang itu tidak sesuai digunakan.

Harap penerbit filem di Malaysia menghasilkan filem yang benar-benar berkualiti selepas ini...!

Wassalam.... 

Sunday 4 September 2011

LAKSAMANA SUNAN VS HARRY POTTER


Emm...minggu lepas novel Sutera Bidadari telah pun saya tamatkan...huhu...
Cerita yang tergantung pengakhirannya..
Sutera Bidadari adalah kesinambungan 4 buah novel sebelumnya yang bermula dari novel

PERTAMA


KEDUA


KETIGA


KEEMPAT


KELIMA


Cerita mengisahkan Laksamana Sunan yang menentang kejahatan manusia syaitan dengan bantuan Allah SWT.
Cerita yang sungguh hebat dan tidak membosankan. 
Emm...novel cinta?? huhu...sorry...dah tak minat...

Novel yang mengisahkan perjuangan Laksamana Sunan di jalan Allah ini sehebat novel Harry Potter.

Tapi....bila saya menonton episod akhir Harry Potter part 2, 2 bulan yang lalu,saya fikir cerita tu sekadar cerita yang direka dan memang mustahil berlaku.
Menggunakan kuasa magic tanpa menyebut kalimah-kalimah suci Allah,tanpa sedikit pun mengharapkan bantuan daripada Alah SWT.
Semua tu akan terjadi dengan bantuan syaitan.
Namun,persepi saya sangat ketara berbeza apabila membaca kisah Laksamana Sunan.

Seorang hamba Allah yang menentang manusia syaitan di jalan Allah.
Yang di bibirnya sentiasa basah dengan kalimah-kalimah suci Allah dan hanya mengharapkan pertolongan dari Allah.
Jadi,tidak mustahil keistimewaan dan perkara-perkara ganjil yang berlaku ke atas Laksamana Sunan itu sebenarnya wujud.
Kan? Allah itu Maha Besar,Maha Berkuasa.
Maka,tak mustahil perkara-perkara aneh boleh berlaku dengan izinNya.

Kerana..... Apa yang difikirkan itu...ADA! 

Tuesday 19 July 2011

Wanita Menuju Syurga Dari Dapur



Salah satu pesan orang tua kepada anak perempuannya adalah ” Cinta suami bermula dari perut”.


Ketelitian seorang wanita dalam memberikan hidangan yang memanjakan lidah suaminya, memang tidak hanya berhasil memikat kasih sayang dan perhatiannya, namun juga terbukti berjaya menghidangkan kebahagiaan untuk rumah tangga mereka.


Suami mana yang tidak akan senang melihat isteri yang begitu serius merawat dan melayaninya, serta mengambil berat soal makan minumnya. Bagi suami yang bijak menghargai, perkara ini membuatkan kekurangan wanita yang menjadi isterinya seolah – olah tertutup oleh perbuatannya merawat dan menjaga cita rasa lidah suami. Dan tentunya bagi si isteri, kebahagiaan sudah pasti diperolehinya kerana redha suami memang menjadi tujuan dari perjuangan seorang wanita muslimah.


Maka, betapa ruginya jika masih ada beberapa orang yang berfikir bahawa dapur bukanlah tempat wanita moden dalam `berkarier`. Bahkan ada sebahagian dari mereka dengan ikhlasnya berbahagi pahala dengan pembantu rumah, malah menyerahkan semuanya kepada pembantu. Beribu alasan kesibukan dan ketidakmampuan diberikannya, termasuk alasan bahawa zaman sekarang pekerjaan rumah hanya mengikat perkembangan kreativiti wanita.


Hanya orang- orang yang belum mengerti kedamaian melayani, yang akan berfikiran bahawa pekerjaan dapur hanya merendahkan wanita. Begitulah pendapat kebanyakan mereka – Selalu di dapur, maka masa depan wanita tamat.


Namun hal ini berbeza dengan fikiran wanita yang menjunjung tinggi sebuah keikhlasan. Melayani suami bukan bererti memasrahkan diri menjadi pelayan. Melayani bererti meningkatkan darjat diri, dari yang hanya berfikir tentang diri sendiri, dia tanggalkan ego demi untuk membahagiakan orang lain.


MasyaAllah, ini bukanlah perkara yang mudah untuk dilakukan, tetapi juga tidak mustahil dijalankan. Wanita ajaib bagaimana yang dapat buat seperti ini, kecuali akan menjadi berkat untuk pasangannya. apa – apa pekerjaan rumah yang begitu berat, betapa banyak kesibukan diluar yang menyita waktu mereka, namun seorang wanita solehah akan tetap memfokuskan bahawa keluarga adalah nombor satu, dan kerana memang itulah tanggungjawab untuknya, dari Allah sang maha penguasa.


Fikirannya selalu terfikir untuk menyiapkan apa yang dia boleh hidangkan untuk suami tercinta. Pahala untuknya akan mengalir dengan deras dan tiket untuk masuk ke dalam syurga Allah insyaallah akan digenggaman.


Memang masih banyak cara untuk membahagiakan suami kita selain dengan memasak makanan kesenangannya. Namun, adakah cara yang lebih baik untuk memenuhi selera makan mereka selain dengan memenuhinya dengan tangan kita sendiri. Pastilah sebuah kebanggaan bagi kita dapat merawat suami sebagai sebahagian dari amanah kita yang kita lakukan dengan tangan kita sendiri, dan menjadikan kita peribadi yang dapat dipercayai dalam menjaga amanah.


Maka jangan pernah melecehkan ketentuan Allah, dan jangan menunggu sampai hak itu diambil Allah barulah kita menyedari kekeliruan kita. Maka sebaiknya kita mulai menumbuhkan rasa malu, saat mengetahui bahawa sang suami cenderung menyukai makanan di luar dan atau buatan orang lain. Manfaatkan waktu sebaik mungkin, kerana sungguhnya Allah menyediakan syurga untuk hambanya yang bersungguh- sungguh dalam belajar.

Credit to http://pakarcinta.com/
------------------------------------------------------------------------------------------------------------


Wah3...bila baca entry kat atas tu,saya mula berfikir....bila agak-agaknya saya boleh berkahwin?
Hehehe...yelar,nak kata pandai masak...memang la terlebih 'pandai'...
Wooo...nampaknya lambat lagi la saya boleh kahwin kan? yelar,perut suami nak kena jaga...nanti suami cari lain baru tau! Ei...x mo2..ngeh3....
Bukan malas nak belajar masak,cuma bila belajar dengan mak sendiri ni,kita senang2 nak bermalas-malasan,nak 'nanti dulu la'...haha...


Orang cakap,kalau nak cepat pandai,kena belajar dengan mak mertua...
Sebab kita ada rasa takut sikit,tak ada nak lengah2 ke apa...hahaha...
So,tunggu la saya belajar dengan mak mertua dulu ye...
Masa tu confirm saya pandai buat nasi ayam dengan kuah kacang..hehehe...


Wassalam...

Tuesday 5 July 2011

Gambaran Hari Kiamat

Jom kita curi sedikit masa untuk baca mengenai gambaran hari kiamat yang bakal kita hadapi kelak.

Selepas Malaikat Israfil meniup sangkakala (bentuknya seperti tanduk besar) yang memekakkan telinga, seluruh makhluk mati kecuali Izrail & beberapa malaikat yang lain. Selepas itu, Izrail pun mencabut nyawa malaikat yang tinggal dan akhirnya nyawanya sendiri.

~ Selepas semua makhluk mati, Tuhan pun berfirman mafhumnya "Kepunyaan siapakah kerajaan hari ini?" Tiada siapa yang menjawab. Lalu Dia sendiri menjawab dengan keagunganNya "Kepunyaan Allah Yang Maha Esa lagi Maha Perkasa." Ini menunjukkan kebesaran & keagunganNya sebagai Tuhan yang Maha Kuasa lagi Maha Kekal Hidup, tidak mati.

~ Selepas 40 tahun, Malaikat Israfil a.s. dihidupkan, seterusnya meniup sangkakala untuk kali ke-2, lantas seluruh makhluk hidup semula di atas bumi putih, berupa padang Mahsyar (umpama padang Arafah) yang rata tidak berbukit atau bulat seperti bumi.

~ Sekelian manusia hidup melalui benih anak Adam yang disebut "Ajbuz Zanbi" yang berada di hujung tulang belakang mereka. Hiduplah manusia umpama anak pokok yang kembang membesar dari biji benih.

~ Semua manusia dan jin dibangkitkan dalam keadaan telanjang dan hina. Mereka tidak rasa malu kerana pada ketika itu hati mereka sangat takut dan bimbang tentang nasib & masa depan yang akan mereka hadapi kelak.

~ Lalu datanglah api yang berterbangan dengan bunyi seperti guruh yang menghalau manusia, jin dan binatang ke tempat perhimpunan besar. Bergeraklah mereka menggunakan tunggangan (bagi yang banyak amal), berjalan kaki (bagi yang kurang amalan) dan berjalan dengan muka (bagi yang banyak dosa). Ketika itu, ibu akan lupakan anak, suami akan lupakan isteri, setiap manusia sibuk memikirkan nasib mereka.

~ Setelah semua makhluk dikumpulkan, matahari dan bulan dihapuskan cahayanya, lalu mereka tinggal dalam kegelapan tanpa cahaya. Berlakulah huru-hara yang amat dahsyat.

~ Tiba-tiba langit yang tebal pecah dengan bunyi yang dahsyat, lalu turunlah malaikat sambil bertasbih kepada Allah SWT. Seluruh makhluk terkejut melihat saiz malaikat yang besar dan suaranya yang menakutkan.

~ Kemudian matahari muncul semula dengan kepanasan yang berganda. Hingga dirasakan seakan-akan matahari berada sejengkal dari atas kepala mereka. Ulama berkata jika matahari naik di bumi seperti keadaannya naik dihari Kiamat nescaya seluruh bumi terbakar, bukit-bukau hancur dan sungai menjadi kering. Lalu mereka rasai kepanasan dan bermandikan peluh sehingga peluh mereka menjadi lautan. Timbul atau tenggelam mereka bergantung pada amalan masing-masing. Keadaan mereka berlanjutan sehingga 1000 tahun.

~ Terdapat satu telaga kepunyaan Nabi Muhammad SAW bernama Al-Kausar yang mengandungi air yang hanya dapat diminum oleh orang mukmin sahaja. Orang bukan mukmin akan dihalau oleh malaikat yang menjaganya. Jika diminum airnya tidak akan haus selama-lamanya. Kolam ini berbentuk segi empat tepat sebesar satu bulan perjalanan. Bau air kolam ini lebih harum dari kasturi, warnanya lebih putih dari susu dan rasanya lebih sejuk dari embun. Ia mempunyai saluran yang mengalir dari syurga.

~ Semua makhluk berada bawah cahaya matahari yang terik kecuali 7 golongan yang mendapat teduhan dari Arasy. Mereka ialah:

- Pemimpin yang adil.



- Orang muda yang taat kepada perintah Allah.



- Lelaki yang terikat hatinya dengan masjid.


- Dua orang yang bertemu kerana Allah dan berpisah kerana Allah.



- Lelaki yang diajak oleh wanita berzina, tetapi dia menolak dengan berkata "Aku takut pada Allah".

- Lelaki yang bersedekah dengan bersembunyi (tidak diketahui orang ramai).

- Lelaki yang suka bersendirian mengingati Allah lalu mengalir air matanya kerana takutkan Allah.




~ Oleh kerana tersangat lama menunggu di padang mahsyar, semua manusia tidak tahu berbuat apa melainkan mereka yang beriman, kemudian mereka terdengar suara "pergilah berjumpa dengan para Nabi". Maka mereka pun pergi mencari para Nabi. Pertama sekali kumpulan manusia ini berjumpa dengan Nabi Adam tetapi usaha mereka gagal kerana Nabi Adam a.s menyatakan beliau juga ada melakukan kesalahan dengan Allah SWT. Maka kumpulan besar itu kemudiannya berjumpa Nabi Nuh a.s., Nabi Ibrahim a.s., Nabi Musa a.s., Nabi Isa a.s. (semuanya memberikan sebab seperti Nabi Adam a.s.) dan akhirnya mereka berjumpa Rasullullah SAW. Jarak masa antara satu nabi dengan yang lain adalah 1000 tahun perjalanan.

~ Lalu berdoalah baginda Nabi Muhammad SAW ke hadrat Allah SWT. Lalu diperkenankan doa baginda.

~ Selepas itu, terdengar bunyi pukulan gendang yang kuat hingga menakutkan hati semua makhluk kerana mereka sangka azab akan turun. Lalu terbelah langit, turunlah arasy Tuhan yang dipikul oleh 8 orang malaikat yang sangat besar (besarnya sejarak perjalanan 20 ribu tahun) sambil bertasbih dengan suara yang amat kuat sehingga 'Arasy itu tiba dibumi.

~ 'Arasy ialah jisim nurani yang amat besar berbentuk kubah (bumbung bulat) yang mempunyai 4 batang tiang yang sentiasa dipikul oleh 4 orang malaikat yang besar dan gagah. Dalam bahasa mudah ia seumpama istana yang mempunyai seribu bilik yang menempatkan jutaan malaikat di dalamnya. Ia dilingkungi embun yang menghijab cahayanya yang sangat kuat.

~ Kursi iaitu jisim nurani yang terletak di hadapan Arasy yang dipikul oleh 4 orang malaikat yang sangat besar. Saiz kursi lebih kecil dari 'Arasy umpama cincin ditengah padang . Dalam bahasa mudah ia umpama singgahsana yang terletak dihadapan istana.

~ Seluruh makhluk pun menundukkan kepala kerana takut. Lalu dimulakan timbangan amal. Ketika itu berterbanganlah kitab amalan masing-masing turun dari bawah Arasy menuju ke leher pemiliknya tanpa silap dan tergantunglah ia sehingga mereka dipanggil untuk dihisab. Kitab amalan ini telah ditulis oleh malaikat Hafazhah / Raqib & 'Atid / Kiraman Katibin.

~ Manusia beratur dalam saf mengikut Nabi dan pemimpin masing- masing. Orang kafir & munafik beratur bersama pemimpin mereka yang zalim. Setiap pengikut ada tanda mereka tersendiri untuk dibezakan.

~ Umat yang pertama kali dihisab adalah umat Nabi Muhammad SAW, dan amalan yang pertama kali dihisab adalah solat. Sedangkan hukum yang pertama kali diputuskan adalah perkara pertumpahan darah.

~ Apabila tiba giliran seseorang hendak dihisab amalannya, malaikat akan mencabut kitab mereka lalu diserahkan, lalu pemiliknya mengambil dengan tangan kanan bagi orang mukmin dan dengan tangan kiri jika orang bukan mukmin.

~ Semua makhluk akan dihisab amalan mereka menggunakan satu Neraca Timbangan. Saiznya amat besar, mempunyai satu tiang yang mempunyai lidah dan 2 daun. Daun yang bercahaya untuk menimbang pahala dan yang gelap untuk menimbang dosa.

~ Acara ini disaksikan oleh Nabi Muhammad SAW dan para imam 4 mazhab untuk menyaksikan pengikut masing-masing dihisab.

~ Perkara pertama yang diminta ialah Islam. Jika dia bukan Islam, maka seluruh amalan baiknya tidak ditimbang bahkan amalan buruk tetap akan ditimbang.

~ Ketika dihisab, mulut manusia akan dipateri, tangan akan berkata- kata, kaki akan menjadi saksi. Tiada dolak-dalih dan hujah tipuan. Semua akan di adili oleh Allah Ta'ala dengan Maha Bijaksana.

~ Setelah amalan ditimbang, mahkamah Mahsyar dibuka kepada orang ramai untuk menuntut hak masing-masing dari makhluk yang sedang dibicara sehinggalah seluruh makhluk berpuas hati dan dibenarkannya menyeberangi titian sirat.

Syafaat Nabi Muhammad SAW di akhirat + :

- Meringankan penderitaan makhluk di Padang Mahsyar dengan mempercepatkan hisab.

- Memasukkan manusia ke dalam syurga tanpa hisab.

- Mengeluarkan manusia yang mempunyai iman sebesar zarah dari neraka.

(Semua syafaat ini tertakluk kepada keizinan Allah SWT.)

~ Para nabi dan rasul serta golongan khawas juga diberikan izin oleh Tuhan untuk memberi syafaat kepada para pengikut mereka. Mereka ini berjumlah 70 000. Setiap seorang dari mereka akan mensyafaatkan 70 000 orang yang lain.

~ Setelah berjaya dihisab, manusia akan mula berjalan menuju syurga melintasi jambatan sirat. Siratul Mustaqim ialah jambatan (titian) yang terbentang dibawahnya neraka. Lebar jambatan ini adalah seperti sehelai rambut yang dibelah tujuh dan ia lebih tajam dari mata pedang. Bagi orang mukmin ia akan dilebarkan dan dimudahkan menyeberanginya.

~ Fudhail bin Iyadh berkata perjalanan di Sirat memakan masa 15000 tahun. 5000 tahun menaik, 5000 tahun mendatar dan 5000 tahun menurun. Ada makhluk yang melintasinya seperti kilat, seperti angin, menunggang binatang korban dan berjalan kaki. Ada yang tidak dapat melepasinya disebabkan api neraka sentiasa menarik kaki mereka, lalu mereka jatuh ke dalamnya.

~ Para malaikat berdiri di kanan dan kiri sirat mengawasi setiap makhluk yang lalu. Setiap 1000 orang yang meniti sirat, hanya seorang sahaja yang Berjaya melepasinya. 999 orang akan terjatuh ke dalam neraka.


Rujukan: Kitab Aqidatun Najin karangan Syeikh Zainal Abidin Muhammad Al- Fathani. Pustaka Nasional Singapura 2004.



~ Jika sekiranya kalian ingin mengumpul saham akhirat, sampaikanlah ilmu ini kepada sahabat² yang lain. Sepertimana sabda Rasulullah SAW: Sampaikanlah pesananku walaupun satu ayat. Sesungguhnya apabila matinya seseorang anak Adam itu, hanya 3 perkara yang akan dibawanya bersama :

Sedekah/amal jariahnya.
Doa anak²nya yang soleh.
Ilmu yang bermanfaat yang disampaikannya kepada orang lain.

sumber: Amar Sufi


Friday 1 July 2011

Indahnya Sabar !

Wah2...rasa sungguh gembira dan bahagia bila balik rumah!
Rumahku Syurgaku! Rumahmu Syurgamu! Haha...

Okeh...malam ni nak cerita sikit pasal senario yang berlaku kat stesen bas tadi..
Emm...ok,mulanya saya terdengar ada seorang pemuda ni merayu dekat pemandu bas tu supaya menunggu lagi 5 minit. Mungkin temannya yang lewat. Tapi....pakcik tu marah2..

Dia kata 35 orang dalam bas tu tak kan nak tunggu? Mereka boleh sampai awal kenapa teman pemuda tu boleh lewat? Ok,saya sangat respect dengan pemandu bas tu kerana dia seorang yang punctual.
Tetapi...bukan semua orang sama urusannya. Mungkin teman dia terlewat kerana ada urusan yang lebih penting untuk diselesaikan terlebih dahulu.Atau mungkin juga tempatnya jauh dari destinasi bas.Dan tak mustahil jem sebab hari ni hari jumaat! Berpusu-pusu orang pergi masjid. Bagi saya 5 minit bukanlah lama sebab pemuda tu dah beli tiket bas. Tak kan lah nak rugi macam tu je. Pemandu bas tu pulak cuma bagi 3 minit kepada pemuda tu dengan suara yang marah2.

Apa salahnya sebagai manusia kita bersabar? Sedangkan pemuda tu merayu minta tolong supaya pak cik tu bagi dia masa 5 minit je. Bukan ke menolong orang tu suatu pahala?
Ya..saya faham situasi pemuda tu apabila dia perlu menunggu temannya sedangkan waktu untuk bas bergerak sudah tiba. Saya pernah terlepas bas kerana kelewatan LRT  (saya tetap salahkan LRT ok! Tak pernah2 buat hal tiba2 pulak jadi jem petang tu...adoi.. ) hehe. Saya rugi berpuluh ringgit.
Tapi nak marah pun tak guna. Perkara dah jadi..

Kembali kepada cerita pemuda tu..
Akhirnya dia terpaksa berputus asa apabila pak cik tu dah marah2 walaupun dia dah kata dia dah beli tiket pun. Pemuda tu bertanya kepada pak cik tu,di mana mesin ATM terdekat? Pak cik tu tanya pulak kenapa? Pemuda tu jawablah yang dia nak keluarkan duit. Kalau tak dia nak balik macam mana? Pak cik tu cakap, Mana la aku tau..kau punya pasal la tu..Aku bukannya bawak mesin ATM..(ha..lebih kurang macam tu la..) haha...kan pak cik tu tak menjawab soalan namanya..
Pemuda tu pun tanya lagi pak cik tu.. Entah macam mana,dia pun jual tiket pada orang lain yang ada dekat2 situ..

So,bergeraklah bas tu...(tak sabar sangat pak cik tu...hish!)
Sebagai manusia,kita perlu jugak fikirkan masalah orang lain.
Sekali kita tolong orang lain,berkali-kali Allah tolong kita.. InsyaAllah...
Janganlah kita terlalu sombong,angkuh dan mementingkan diri!
Kerana bukannya kita selalu di atas. Kadang2 kita di bawah. Kita juga memerlukan pertolongan daripada orang lain. Kita bukan hidup seorang diri atas dunia ni.
Tambah lagi kita hanya menumpang di BUMI CINTA ALLAH ni..
Jadilah kita sebagai manusia yang sederhana. Menolong saudara seislam yang dalam kesusahan.
Kalau bukan kita,siapa lagi nak tolong? Kan? Kan?



== Temukan kebahagiaan anda dalam setiap keikhlasan ==



Rasulullah SAW bersabda :

"Barangsiapa memudahkan kesulitan saudaranya dalam kesulitan dunia,nescaya Allah akan memudahkan kesulitannya di hari kiamat." - Hadis Riwayat Muslim -

++ Renung-renungkan dan Selamat Beramal! ++


Friday 24 June 2011

Tudung Labuh Bukan Ukuran Iman




Macam biasa,kesibukan diri membataskan waktu untuk meninggalkan sedikit jejak di sini... ^^
Ni pun saya meluangkan masa untuk menulis sambil makan mi sedapp... (harap fhm...biasalah...semester jimat) hehehe...ok...tak nak merepek lebih2... ^_^

Ramai yang beranggapan seseorang yang memakai tudung labuh itu seorang yang solehah,yang baik akhlak dan sifatnya serta tinggi ilmu agamanya...ya,anda betul...tetapi bukan semuanya begitu dan bukan semuanya juga hipokrit...juga bukan semuanya tinggi ilmu agamanya...ada yang masih mencari dan tercari2 ilmu agama Islam ini...

Kami yang bertudung labuh juga ada salah dan silapnya. Kami juga masih kurang ilmu agama. Jangan pandang kami terlalu sempurna kerana disaat kami jatuh,kami melakukan kesilapan,saya pasti,anda diluar sana akan mencemuh dan memandang rendah insan bertudung labuh...

Hakikatnya wanita yang bertudung labuh hanya ingin menutup aurat. Tudung labuh bukanlah ukuran IMAN!


Cantik bukan? ^_^

Namun,di kolej masih ada yang bertanya saya, "Qilah,awak tak kisah ke duduk dengan kita orang yang tak pakai tudung ni ? " Saya sedikit terkejut dengan pertanyaan itu.
 Bagi saya,bukan urusan saya untuk menghukum anda yang tidak memakai tudung. Walaupun saya bertudung labuh,bukan satu masalah bagi saya untuk bergaul,duduk,makan,dan bersahabat dengan sesiapa pun yang tidak bertudung. Asalkan mereka tidak mendatangkan msalah kepada saya.

Kerana saya juga insan yang tidak sempurna.Saya juga masih melakukan kesilapan. Tudung yang saya pakai bukan ukuran keimanan saya kepada Allah SWT.Saya juga masih mencari ilmu agama yang masih cetek dan sikit dalam diri ni.

Kata-kata IMAM ABU HANIFAH~

"Sesungguhnya Allah tidak mengurniakan kemuliaan dan kebesaran itu pada serban atau jubah yang labuh. Tetapi Allah mengurniakan kemuliaan kepada orang-orang yang berilmu dan bertaqwa."

Hmm...tapi orang yang berilmu tapi tak beramal pun tak boleh jugak kan?
Jadi,daripada kita cuma habiskan masa belajar tetapi tak beramal,lebih baik kita gunakan ilmu tu sebaik mungkin kan? Pahala pun dapat...InsyaAllah...


::: Rasai keindahan bertudung labuh... ^_~  Jom cuba! ::: 



::: Kita cuba tutup aurat ye kawan2.... ^_^ ::: 


~ Hijabku Amanahku ~ ^_^

Sunday 5 June 2011

Orientasi UITM 2011 DI KPTM KL

Alhamdulillah kerana masih diberi kesempatan utk bernafas di BUMI CINTA ini !
Jom cite pasal orientasi UITM 2011 di KPTM KL!
Da lama tak posting ni...hehehe...
Emm..nak mula dari mana yek?
Sebenarnya orientasi ni bagi saya tak BEST LANGSUNG!
hoho...jahat betul...dah la orang penat2 plan program utk kita..hehe...

Hari first,pagi2 buta muka saya dah masam...kenapa?
Entah...yg pasti masa tu memang tak best..pagi2 buta dah kena jerit2...
tak dewasa langsung kan?? huhu~
apa yang saya tak suka,perempuan kena jerit2...
keluarkan suara yg kononnya ada emas dalam mulut!
Part ni memang saya benci! 
Ada ke suruh perempuan jerit,bagi support lah,kalahkan suara lelaki la...
Mana adab kita sebagai perempuan? Bukan ke suara tu aurat?
So,kenapa perlu jerit2? Mana adab sopan kita??
Kalau saya sebagai lelaki pun,saya meluat tengok perempuan menjerit2....

Bukan tu aje,ada pulak sorang fasi perempuan ni ajar...
" Kalau akak sebut ladies,korang  jerit...auwww! "
Err...kalau orientasi UIA,rasanya tak macam ni...
Aduhai...sedarlah...kita ni perempuan!
Walaupun kita ni bukan macam muslimah kat luar sana tu,
tapi cuba la jaga adab2 Islam dan adab2 kita sebagai perempuan.
Zaman menjerit-jerit ni dah berlalu...tu zaman kanak2 kita...

Masa lepas solat jumaat,fasi2 perempuan bersama-sama student freshie yang lain
dah rancang utk sebut perkataan ni lepas student lelaki balik dan masuk dewan...
" Abang,baru balik solat ke?? "
dengan penuh menggodanya! Lepas tu gelak ramai2...astaghfirullahalazim...
Student2 lelaki pulak membalas...
"Ye sayang..rindu ke? Sabar la sayang...."
Huh...tak tau nk komen apa...!
Sesi orientasi yang tak dewasa...tak ada ciri2 Islam yg diterapkan...

Wallahualam...mudah2an program seperti ini lebih bersifat Islamik akan datang... ^_^
Yang baik itu datang daripada Allah SWT dan yang buruk itu datangnya daripada diri saya sendiri semestinya...wassalam...



p/s : Di mana saya? Cari lah! hehe...

Monday 16 May 2011

Tuhan...Ampunkan dosaku..........

Emmm....x tau nak mula macam mana...tapi yang pasti hati tengah geram!

Firstly,sebagai hamba Allah kt muka bumi ni kita memang bukan seorang manusia yang SEMPURNA!
Tp saya tersangat hairan apabila ada manusia yang tak pernah terima kekurangan dan kesalahan orang lain..

sedangkan mereka juga pernah dan akan melakukan kesalahan...itu sudah pasti...sedangkan Nabi Adam a.s yang diberi kenikmatan di syurga juga melanggar perintah Allah swt..

Namun ingat! Nabi Adam a.s bertaubat...dia memohon keampunan kpd Allah swt atas kesalahan yang dilakukan iaitu melanggar perintahNya...Dan Allah SWT itu maha pengampun...

Tapi saya musykil...saya hairan melihat manusia yg tidak memaafkan dan mengampunkan kesalahan orang lain...sedangkan Allah mengampunkan hambaNya...sedangkan baginda Rasulullah SAW mengampunkan UMATnya!

Apakah kita ini terlalu mulia utk tidak memaafkan kesalahan orang lain?
Adakah kita ini tidak PERNAH dan tidak AKAN melakukan kesalahan?
Adakah kita tidak akan pernah meminta maaf kepada orang lain?? Nauzubillahminzalik..moga2 saya tidak akan menjadi seperti itu...



Satu kata2 yang saya cukup suka dari Imam Muda Asyraf-

"Hati yang gelap, adalah hati yg sukar tunduk rendah memohon keampunan dan angkuh wajahnya untuk
 memberi kemaafan..Adakah kita menyangka anak kunci syurga itu milik kita.. "





Kepada sesiapa yang saya pernah melakukan kesalahan,yang pernah saya tidak jujur dengannya,yang pernah saya sakiti hatinya,saya memohon berjuta kemaafan...moga2 anda sentiasa dirahmatiNya....





Thursday 7 April 2011

Syaitan Musuh Yang Nyata!!!

Allah swt telah menyuruh kita menjadikan syaitan sebagai musuh.
Sesungguhnya syaitan itu adalah musuh bagimu, maka anggaplah ia musuh(mu),
(6 : 35 al-Fatir)

Boleh kata semua manusia akan mengakui syaitan sebagai musuhnya. Namun tidak ramai yang mengetahui bagaimana cara untuk menghadapi syaitan dan di manakah ruang-ruang yang syaitan boleh masuk pada diri setiap insan. Ini adalah sebahagian dari ruang-ruang yang perlu seorang manusia tutup agar syaitan tidak memperdayanya.


1. SYAITAN BERMALAM DI DALAM HIDUNG

“ Apabila seseorang kamu bangun dari tidurnya hendaklah dia memasukkan dan mengeluarkan air dari hidungnya tiga kali. Sesungguhnya syaitan bermalam di dalam lubang hidungnya.”

-Hadis riwayat Bukhari dan Muslim-



2. SYAITAN KENCING DI DALAM DUA TELINGA

Apabila diberitahu kepada Nabi saw tentang seorang lelaki yang tidak bangun tahajud dan bangun ketika waktu sudah subuh. Nabi saw bersabda:

“ Lelaki itu telah dikencing syaitan di dua telinganya.”

-Hadis sahih Bukhari dan Muslim-



3. SYAITAN MASUK DALAM MULUT YANG TERBUKA MENGUAP

“ Apabila seseorang menguap hendaklah dia menutup dengan tangannya. Sesungguhnya syaitan masuk ke dalam mulutnya yang terbuka.”

-Hadis sahih Muslim-



4. SYAITAN KETAWA MELIHAT MANUSIA YANG BERKATA “AAAAAH “ SEMASA MENGUAP

Nabi saw bersabda:

“ Dan janganlah seseorang itu berkata “aaaaaaaa” semasa menguap. Syaitan akan ketawa bila dia membuka mulut semasa menguap.”

-Hadis riwayat Ahmad-



5. MEMAKI ORANG MEMBANTU SYAITAN UNTUK MEROSAKKAN MANUSIA

Seorang lelaki mencela seorang yang dikenakan hukuman sebat kerana minum arak. Nabi saw bersabda:

“Janganlah kamu berkata sedemikian kepada orang yang dihukum. Janganlah kamu membantu merosakkan dia.”

-Hadis sahih Bukhari-

Moral: Oleh itu janganlah kita memaki atau menghina walaupun orang yang sudah jelas kesalahannya. Memaki hamun dalam apa jua keadaan adalah dilarang.



6. SYAITAN TIDAK MASUK RUMAH YANG DIBACA SURAH BAQARAH

Nabi saw bersabda:

“ Janganlah kamu jadikan rumah-rumah kamu sebagai kubur. Sesungguhnya syaitan akan lari dari rumah yang dibaca surah al-Baqarah.”

-Hadis sahih Muslim-

Faedah: Siapa yang baru masuk rumah atau rumahnya diganggu maka digalakkan untuk membaca surah al-Baqarah beramai2.



7. SYAITAN MAKAN DARI MAKANAN YANG TIDAK DIBACA BISMILLAH DAN BERMALAM PADA RUMAH YANG TIDAK DIMASUKI DENGAN BISMILLAH

“ Apabila seorang lelaki memasuki rumahnya dan menyebut nama Allah semasa masuk dan menyebut nama Allah semasa makan. Syaitan akan berkata kepada konco2nya “Kamu tidak ada tempat bermalam dan tidak ada makan malam.” Apabila dia masuk kerumahnya tanpa menyebut nama Allah syaitan akan berkata “ Kamu semua mendapat tempat bermalam.” Apabila dia tidak menyebut nama Allah semasa makan , syaitan akan berkata “ Kamu mendapat makan malam dan tempat bermalam.”

-Hadis Muslim-



8. MAKANAN JATUH YG DIBIARKAN ADALAH HABUAN SYAITAN

“ Apabila jatuh sebahagian suapan makanan kamu. Hendaklah kamu buang kotoran yang melekat pada makanan dan hendaklah dia makan. Jangan biarkan ia dibiarkan untuk dimakan oleh syaitan.”

-Hadis Muslim-



9. SYAITAN PENGGANGGU SOLAT

Suatu hari Amru bin abi al-As mengadu Rasulullah saw:
“ Ya Rasulullah sesungguhnya syaitan telah mengganggu ku solat dan menimbulkan was-was dalam bacaanku.”

Rasulullah saw pun menjawab:
“ Itulah syaitan yang dipanggil khinzab. Apabila engkau merasai gangguannya hendaklah engkau minta perlindungan dari Allah dan ludah ke kirimu tiga kali.”

Amru berkata:
“Aku melakukan apa yang Rasulullah sarankan , lalu Allah menghilangkan segala gangguan syaitan tersebut.”

-Hadis Muslim-



10. MINUM BERDIRI BERSAMA SYAITAN


Nabi saw bertanya kepada orang yang minum berdiri:

“Adakah engkau suka minum bersama dengan kucing?”

Dia menjawab “Tidak”

Nabi saw bersabda:
“Sesungguhnya kamu telah minum dengan mahkluk yang lebih teruk dari kucing iaitu syaitan.”

Hadis Ahmad


11. SYAITAN SEMAKIN BESAR BILA DIMAKI

Seorang sahabat Nabi saw telah memaki syaitan apabila binatang tunggangannya terjatuh. Nabi saw bersabda:

“ Janganlah kamu berkata “ Celaka syaitan.” Kalau kamu berkata begitu syaitan akan berasa besar diri seperti rumah dan berkata “ mendapat kekuatan ku.” , tapi hendaklah kamu berkata “ Dengan nama Allah.” Apabila berkata sedemikian syaitan akan jadi hina sehingga seperti lalat.”

Hadis Abu daud

Ingatlah bahawa syaitan akan cuba menyesatkan manusia selagi nyawa manusia itu dikandung badannya. Rasulullah saw bersabda:

“ Sesungguhnya syaitan berkata “ Demi kemulianmu hai Tuhan. Aku akan sentiasa menyesatkan hamba-hamba-Mu selagi mana nyawa berada di tubuh mereka.” Tuhan menjawab “ Demi kemulian dan keagunganku aku akan sentiasa mengampunkan mereka selagimana mereka meminta ampun kepadaku.”

Hadis riwayat Ahmad


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...