Friday 2 November 2012

Do Forgive Me ~

Cukup lama tak update blog... Sibuk dgn belajar,exam,urus diri sendiri...

Sebelum sy mulakan,sy nk ucapkan takziah buat keluarga sahabat baik sy Amirah Khairina atas pemergian ibunya... Moga rohnya ditempatkan dikalangan org2 yg soleh dan beriman...

rasa nk update blog bila baca cerita2 Kak Cuya kat blog dia... mcm2 cerita suka duka...

Cerita tentang cinta,pernikahan,kisah silam serta ujian dia...

Kadang2 kita tak nampak ujian yg Allah turunkan pd kita...

Kita nampak semua indah,bahagia dan perjalanan hidup ni sentiasa lancar...

Tp jarang kita sedar yg bahagia itu mungkin satu nikmat atau satu perjalanan ke arah ujian?

Kadang2 sy lalai dgn nikmat Allah... Lalai dgn bahagia yg Allah bg kita rasa sekejap...

Mungkin sy tamak,mungkin sy tidak bersyukur...atau mungkin sy sayangkan dunia...

Astaghfirullahalazim.... Susah utk sy istiqamah...

Adakah mahu tunggu sehingga Allah turunkan ujian yg kadang2 kita rasa tak mampu untuk kita pikul?

Ya Allah...mintak dijauhkan... Entry kali ni tak ada perbincangan yg spesifik...

Mungkin hanya sebuah luahan... Sebuah rasa yg kadang2 bukan semua org mahu dengar...

Bila diri ada silap dengan manusia,bila diri dibenci manusia,apa yg buatkan kita tenang?

tapi lumrah hidup...ada yg membenci dan ada yg menyukai...

kerana diri kita sendiri juga kadang2 tidak lepas daripada membenci orang tanpa kita sedar...

Astaghfirullahalazim...

Kepada anda,diam itu menyakitkan saya.... Andai benci,sila bicara...

Hati ini masih rapuh... Masih sukar terima semua ni...

Jangan sampai saya membawa diri... DO FORGIVE ME.. :(




Sunday 22 July 2012

Sejarah Itu Indah !

Photobucket

Hari ni dah 2 Ramadhan... Alhamdulillah... 
Kita masih diberi kesempatan untuk merasai Ramadhan kali ni... girlemo

Ok..semalam google tempat-tempat bersejarah dunia dan keluar la........


Macchu Picchu di Peru...

Hehe...saya dah terbayangkan Hogwarts..hoho..


Ini Hogwarts ye...haha...

Ok...saya tak peduli apa orang nak cakap tapi saya memang teringin sangat nak pergi Macchu Picchu tu..huhu.. Photobucket

Saya suka tempat2 bersejarah... Tak rasa tempat2 bersejarah tu amazing ke? 

Sejarah bukan satu cerita yang direka... Tetapi perkara yang telah berlaku... Photobucket

Mungkin ada orang cakap sejarah tu bosan...tapi bagi saya sejarah tu fakta yang sangat menarik...

Lebih menarik daripada akaun...! Photobucket

Tak rasa teruja ke ada orang yang tinggal di lembah seperti di Machhu picchu tu?

Peninggalan yang menerujakan bagi saya...

Macam jugak di Petra,Jordan..


Piramid di Giza,Mesir...


Kalau setakat pergi Sunway Pyramid tu,tak teruja pun... 
Haa...Piramid kat Giza ni lagi teruja tau...girlemo


Dan ini adalah Masjid Aya Sofia atau dulunya adalah Gereja St Sophies sebelum kedatangan Sultan Muhammad al-Fateh...

Ramai yang kata sejarah ni bosan dan tidak mahu menghayati sejarah ni... Dan sekarang anda lihatlah bagaimana Andalusia di bawah pemerintahan kerajaan Islam dahulu,kini menjadi sebuah negara hebat bernama Sepanyol...


Ini adalah Istana Alhambra yang dibina pada zaman pemerintahan Islam...

Andalusia pernah menjadi tempat ilmu bagi pemikir-pemikir Islam serta tempat rujukan orang-orang Barat...

Tetapi disebabkan leka,disebabkan tamakkan harta,disebabkan gila kuasa,dan disebabkan tidak menghayati bagaimana pahlawan unggul Tariq bin Ziyad mendapatkan Andalusia,negara itu dengan sekelip mata dijajah...

Hilang nilai2 Islam... Semua yang berkaitan Islam dihapuskan! Kecuali Istana Alhambra...

Itulah manusia... Mudah lupa,leka dan lalai dengan sejarah... Konon sejarah bosan...

Disebabkan bosan itulah perkara2 yang berharga terlepas ke tangan orang lain...

Satu2nya negara Islam yang masih kekal di Barat ialah Turki... Satu2nya negara Islam yang tidak berjaya ditawan oleh Barat...

Tapi sayang... Segala ciri2 Islam bagaikan terhapus semenjak pemerintahan Mustafa Kamal Atartuk...

Namun...syukur kepada Allah kerana Turki masih wujud sebagai satu2nya negara Islam di Barat...

Terokailah sejarah dan anda pasti menemui keseronokannya...girlemo

InsyaAllah...jika masih diberi ruang dan peluang serta dipermudahkan rezeki,saya akan melawat tempat2 bersejarah ni... PASTI! HEBATT! HEYY!! Photobucket


***


Monday 23 January 2012

Rupa Dan Harta Bukan Ukuran Sebuah Cinta


Pagi ni pukul 1.52 pagi,sambil2 saya buat assignment saya terjumpa klip video ni...

Emm...jom tengok dulu...

Huhu....saya harap bakal suami saya nanti boleh cipta lagu sebelum kami kahwin...
Ngeh3...perasan....
Saya tak perlukan sebuah lagu untuk gambarkan yang suami saya sayang dan cintakan saya...
Saya tak perlukan suami saya seorang yang kaya untuk bagi saya kebahagiaan....
Saya tak perlukan suami yang kacak dan tinggi lampai untuk melindungi saya...
Cukuplah seorang suami yang jujur,ikhlas,setia dan sentiasa sabar dalam mendidik saya....
Kerana kekurangan saya,akan dilengkapi oleh suami saya...
Jadi,saya tidak memerlukan seorang lelaki yang sempurna... 
~ Wassalam ~

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...